Oktober. Ain bee comeback! (long entry)


Assalamualaikum. Salam perkenalan, eh? Haha. Dah berhabuk dah blog ambe ni. Nampak sangat lama tak update. Semua gara-gara internet tak sambung and punca utama den benti ber-blog ni sbb kesibukan esaimen mase semester akhir. Dan sekarang, I am officially finished my study. Yehhoo! J penat lelah 3 tahun kat IPT ni terbalas jugak walaupun macam-macam dugaan yang melanda. Banyakkk benda nak cerita, tapi macamana ye nak start? Ayuh kita mulakan dengan study la. Ye dok? Hehe

6 semester dalam bidang hotel management ni banyak onak duri. Chewaahh ayat aku kan. Alhamdulillah semuanya berakhir dengan baik. Walaupun, sepanjang belajar kat sana, macam-macam aku lalui, namun Allah itu Maha Adil. Apa yang berlaku dekat aku semua ada hikmah dan aku terima takdir yang tertulis tu dengan redho. Buat pertama kalinya, aku akan grad dengan pointer 3. Alhamdulillah. Berkat aku pulun habis-habisan 3 semester akhir. Sebab 3 semester pertama tu, aku sangat lah tak ambik peduli dengan belajar ni. Yang aku tahu, lepak, jenjalan and shopping. Tapi walaupun aku macam tu, aku tak pernah lah tak lepas paper. Semua subjek aku lulus. Gred takyah cakap, nak tengok A dalam 3 semester awal memang susah. Macam ada takde je. Itu yang aku nekad bila pindah puncak alam. Environment kat puncak alam lain macam. Mood study die bukan main banyak lagi. Hahaha. Dan ada lah beberapa sebab kenapa aku jadi macam orang yang bermotivasi. Pertama, family matter. Hal family ni yang buatkan aku pikir, aku kene dapat result baik untuk tolong family aku. Hal family tak pernah selesai, tambah plak hal kawan serumah yang mula-mula aku pikir hal ni takkan jadi besar. Rupa-rupanya salah, dan disebabkan itu aku terpaksa pindah rumah atas desakan keluarga, kawan sekeliling dan aku sendiri. Nak cite susah lah, tapi tulah yang aku lalui. Apepun, aku sangat bersyukur, aku dapat habiskan belajar aku without any paper fail. Alhamdulillah. J

Seterusnya, perihal hati dan perasaan aku. Haih, ini yang berat nak bercerita. Tapi, bukan ada sape pon yang follow kan? Sorang dua je. Haa, tak kisah. Hahaha. Status hati aku skang, kosong. Sebab? Hmm.. camna nak mula ni. Dan baru-baru ni aku ada masalah yang melibatkan 2 orang lelaki yang pernah hadir dalam hidup aku. Sorang, first love aku and sorang lagi,A. aku cite satu2 ye. Hm, macam yang selalu aku cakap kat blog nilah, aku memang takleh nak lupakan first love aku. Dulu,aku macam biarkan je perasaan aku kat dia. Walaupun aku sebenanye nak dia lagi. Awal tahun 2013, azam aku nak dapatkan dia balik, sebab aku tahu dia memang sayang aku dan aku pon sama. Aku tekad nak lupakan segala masalah yang pernah ada diantara kami. Aku fight untuk dapatkan dia. Aku buat semua benda yang aku rasa betul untuk dapatkan dia. Eh, lupa nak cakap, dia ni single masa tu, kalau tak single takdenye aku nak buat semua benda yang sia-sia tu. Sampai satu tahap tu, aku rasa aku kene berterus-terang ngan dia. Aku kena bagitahu dia jugak. Bila aku luah semua benda kat dia, cakap itu ini kat dia dan paling penting aku cakap kenapa aku nak dia balik, dia cakap dia tahu tu semua, dia rilex je. Dengar semua, pastu tetiba dia cakap,
“saya bukan tak sayang awak,sayang sangat-sangat. Ramai-ramai orang saya jumpa, takde lagi macam awak. Ikutkan hati, saya memang nak awak balik. Tapi, saya takut, kalau awak dengan saya, saya tak yakin dapat jaga awak macam dulu atau tak. Saya skang bukan saya yang dulu lagi, saya takut awak hilang respect pada saya. Ada sebab kenapa saya taknak awak balik pada saya.’
Ayat dia belit2, tapi aku dah ubah, jadi mcm tulah maksudnya. Sebab tu die takkan pernah cakap kat aku. Tapi, aku rasa aku tahu sebab dia. Dan daripada situ, aku tekad untuk buang perasaan aku kat dia. Aku nak tinggal segala benda pasal dia. Dan kali ni, aku rasa aku memang betul2 dah hilangkan perasaan yang pernah ada kat dia dulu.
Kisah sorang lagi ni plak, A(bukan nama sebenar), aku pernah bagi hati aku kat dia. Walaupun masa tu, aku masih tak pasti apa perasaan aku kat dia. Tapi aku macam berani kasi hati aku kat dia. Dalam masa yang sama aku tengah nak melupakan first love aku. Jadi aku macam guna jalan pintas la kan. Ade la dlm 4 bulan aku dgn die, pastu aku tetibe sedar, aku tak patut bagi die harapan sangat.padahal masa tu aku memang dah start sayang  kat dia. Tapi aku menafikan perasaan aku tu. Aku mintak break skejap je ngan dia. Aku ngan dia tak banyak masalah, aku mintak break, dia ok je. Something fishy dah masa tu. Masa aku tengah break tu, aku baru tahu, sebenanye aku memang suke die. Perasaan yang sama macam aku suke first love aku tu. Tapi, memang kami takde jodoh kot. Sebabbnye, lepas 2 bulan, masa aku nak bgthu perasaan aku tu, tetibe aku dapat tahu yang die dah ade awek len. Satu tempat keje ngan die. So, aku macam patah hati jugaklah kan, sebab tak sempat nak bgthu. Lepas 2 3 bulan mcm tu, aku dapat tahu dari sumber yang dipercayai, die memang suke kat pompuan tu since before kapel ngan aku lagi. Disebabkan mase tu, die kapel ngan aku, die layan tak layan je pompuan tu sbb respect aku as a gf die. Bile da clash baru die mcm approach pompuan tu, then kapel.setahun gak la aku simpan perasaan kat dia. Baru-baru ni lepas jumpa dia time raya tu, rase semacam plak. Tak tahu sebab. Pastu aku rse aku kene bagitahu die jugak. Bukan niat nak die balik pade aku, tapi aku nak die tahu. Bile aku bercerita ngan die sume, aku Tanya die, masih ade perasaan kat aku tak. Dan dia jawab, ade. Dan aku juga tahu, dia takkan tinggalkan gf die tu selain gf die tinggalkan dia.
Since semua benda ni berlaku, aku rase aku kene buat sesuatu supaya hati aku tenang dan buat keputusan yang betul. Aku mintak Allah tunjukkan jalan. Alhamdulillah, Allah bagi aku hint. Allah bagi hati aku tenang. Dah takde teringat-ingat orang yang pernah aku sayang. Syukur sangat. Sebab tulah aku cakap, hati aku kosong skang. Takde rase nak bercinta ke ape.

Ok, cukup pasal hati dan perasaan ni. Kisah seterusnya, aku. Skang aku tengah menganggur. Tunggu keje jatuh ke riba. Hahaha. Rezeki belom ada, nak buat camne. Dan aku sebok membina badan. Dah gemok semacam ni aku rasa. Aiyaaaa. Hahaha. Aku tak putus asa lagi, masih gigih mintak keje sane sini. Mintak-mintak ade lah yang tersangkut. Hahaha. Dan aku rasa, sampai sini je. Skang, kat umah takde tenet, so seminggu sekali aku akan pegi cc. tyme kat cc je aku update. Aku tulis entry awal, kat cc senang, post je. Hahaha. Ok, bye semuaa

Salam J
                                                                                                                                                                12.30 am

                                                                                                                                                               1 oktober 2013

No comments: