End Year 2013. New Year 2014.




Penghujung 2013, macam baru je lagi awal tahun, tetibe nak masuk tahun lain dah. Time flies so fastttt.. tak sempat nak kejar ha. Bila akhir tahun, automatic aku akan menyimpulkan apa yang berlaku sepanjang tahun. 2013 tahun paling banyak memori untuk aku kenang. Dikala umur aku 22 tahun ni, so many things happen. Happy, sad, exciting and others berlaku 2013 nih. Sayang nak tinggal, tapi tak sabar jugak nak tinggal. How tu? Hanya aku dan yang berada sekeliling aku je tahu. Untuk meninggalkan kenangan di blog kesayangan aku ni, aku mahu catatkan beberapa perkara yang mungkin aku kenang suatu hari nanti.

Kita mulakan dengan awal tahun, Final Exam semester 5. Ouh sungguh-sungguh tough I think. 7 paper dalam masa 3 minggu dengan subjek yang macam em em.. takyah cakap, memang susah. Mase tu aku pikir, memang aku kene repeat paper planning. Killer paper time tu. berhari-hari aku frust sebab tak dapat nak perform mase jawab paper tu. bila keluar result, mahu tak gembira aku killer paper aku dapat b- oi. Bukan c tau, b- haa. Pointer aku da tak ambek kisah sebab happy sangat paper tu aku lulus. Haha. But still, tak dapat dekan frust sket, bersyukur sbb masih 3 pointer.



Bila masuk semester 6 a.k.a semester akhir. Senior! Yeay! Aku berazam nak dapat dekan lagi sekali. Pulun habis-habisan sem akhir ni ha. Mase awal-awal sem, aku dilanda ujian yang sangat hebat. Which is, masalah dengan housemate=bestfriend=classmate. Seseorang yang aku respect dari dulu, yang aku sayang dari dulu. Sudah sehabis bai aku cuba untuk selamatkan friendship yang da 4 tahun terjalin, but I’m not sure punca ni dari siapa. Seriously, aku pon tak tahu macam mana boleh jadi complicated macam ni masalah ni. Bermula dengan salah paham sesame sendiri. Maklumlah, she’s a wife and a mother. Ade husband yang kene patuh. Itu bukan  masalah dia. Masalahnya semua orang di sekeliling aku, dia masukkan sekali dalam masalah yang kami ada ni. Complicated lah jadinya. Start dengan terasa hati sebab aku layan tak layan anak dia, luah kat fb cakap aku MUNAFIK? How lah seorang kawan cakap macam tu di khalayak ramai.  But still, aku sabar. Bila bawa bincang, start drag kawan2 yang aku rapat time tu. cakap itu la ini la. Bagi aku, orang sekeliling aku takde pon suh jangan itu ini dengan dia. Orang-orang sekeliling aku time tu takde bende pon nak cakap pasal dia. Kami keluar just have fun, makan-makan, tengok movie. Tapi salah paham aku keluar untuk mengutuk dia. Kecian kawan2 aku time tu dituduh sebagai punca keretakan hubungan kitorang. Lepas tu sentuh plak hal family aku and post di fB jugak? Gile tak pro kan. Sejak dari tu, aku macam tawar hati untuk selamatkan friendship tu. family aku push aku untuk pindah rumah. And aku ikutkan je, aku keluar pi pindah umah kawan aku. Setel satu masalah.

My Gopeng Resort


Awal bulan 5 macam tu, kelas aku buat trip pi MY Gopeng Resort yang sebelum ni aku ada cerita pasal white water rafting tu. haaaaa… itu de best trip ever la cakap kau. Pengalaman yang cukup bermakna bagi aku. Sampai skang aku masih ingat perasaan excited tu. haha. Sebab sem akhir ni, kami satu kelas memang gila-gila tak ingat dunia. Syok sesangat. Sebulan pastu, kami ade lagi satu trip pi Bukit Gambang Resort. Ini pon best gile. Kenangan akhir dengan kawan-kawan sekelas pi trip. Bonding kitorang makin kuat, haaa cenggitu. Hahaha. Dan akhirnya, kami lalui Final Exam terakhir as a degree student. Masa nip on aku macam tak yakin yang aku akan dapat konvo sbb satu paper tu, paper Encik Kamril kesayangan, killer paper ok. Semua frust sbb paper tu and paper tu adalah paper first kami. Aku dah berkira-kira akan repeat paper tu. masa jawab, siap kira-kira lagi markah untuk lulus. Semua pernah buat kan? Jangan dok tipu laaa. Haha. Bayangkan paper tu ada dalam 7 soalan. Tapi aku yakin jawab 2 soalan je, tu pon belom tentu markah penuh. Soalan lain aku hentam suke hati aku. Haaa, mau aku tak yakin aku akan repeat paper tu. Paper lain aku macam ade confident jugaklah jawab. Tak dapat A pon, at least aku tahu aku akan lulus. Bila result keluar je, benda pertama yang aku check, paper yang aku frust tu lulus tak? Dah la check guna phone. Bila tengok dapat c+, mahu aku lompat-lompat dalam umah tetengah malam. Syukur yang amat time tu. subjek lain aku sure aku lulus. Haha. Awal sem aku berazam untuk dapat dekan kali terakhir, tapi tak dapat sebab paper tu aku dpt c+ and lagi satu paper aku target A-, tp dpt B+. sipi-sipi je nak dapat dekan. Nak taknak, aku terima hakikat lah. And aku berpuas hati tgk cgpa aku. 3 pointer wei, konvo second class upper kot. Mahu tak happy? Mase sekolah dulu aku tak pernah dapat 3 pointer, mane nak dapat kalau asyik main je. Kat matrik pon sipi-sipi je cgpa aku nak 3 pointer. Frust. Tu yang balas dendam kat U. nak sangat buktikan kat family aku sebenanye boleh.

Bukit Gambang Resort trip

ini hati aku skang

Mase menunggu masa untuk konvo ni, aku dapat berita yang agak patah hati la aku. Ini soal hati. My Ex, got engaged. The only person yang buatkan aku dapat get over dengan my first love. Frust jugak sebab die tunang tak bagitahu. Aku tahu sebab ter’stalk’ fb dia. Untuk mengenal pasti berita tu benar atau tak, aku Tanya kawan baik kami, and dia mengesahkan. Tak keruan jugaklah aku satu dua hari tu. patah hati sebab aku kena berhenti berharap dekat dia. Kenapa aku berharap? Sebab 2 bulan sebelum die tunang, bila aku Tanya dia masih sayang aku tak, masih ada perasaan kat aku tak, dia jawab ya, masih ada semua tu. so tak salahkan aku berharap kat dia. Tetibe semua hancur bila dapat tahu berita tu. mase tu, aku tahu kenapa Allah jauhkan dia daripada aku. Kenapa Allah tak kasi aku balik semula pada dia, kenapa aku tak sempat nak bagitahu perasaan sebena aku kat dia. Ini hikmahnya. Dia bukan jodoh aku. Aku kene terima. Dan sekarang aku bangkit sendiri, dengan adanya kawan-kawan yang tak henti bagi kata-kata semangat, terutamanya mek jie. Terima kasih yang tak terhingga mek jie. Aku sayang mu..


yeayyy!

Bulan 11, aku konvo. Terharu bila naib canselor kot yang cakap, anda officially alumni UiTM. Perghhhh.. hiba jugak lah, tapi aku tahan-tahan je sebab nak control. Hahaha. UiTM sentiasa dihati aku. Chewaaahhhh.. and yes, aku masih menganggur sampai skang. Bukan sebab graduan UiTM tak laku, tapi sebab market nak dapat kerja kat Terengganu ni, susah. Semua cari yang dah berpengalaman, dah tu aku yang kosong pengalaman ni, mane nak campak? Ade jugak niat dihati nak merantau di negeri orang, tapi ade sebab-sebab tertentu kenapa aku masih di negeri tercinta ni. Benda takleh elak, nak buat camne. Aku masih giat mencari kerja, harap-harap ada la yang melekat nanti. In sya Allah, aminnnn…

HM220A kesayanganku

Dan sekarang, di penghujung 2013, masih single, penganggur, gemok. Berharap tahun akan datang, akan beri lebih kebahagiaan, kegembiraan dan rezeki, In Sya Allah. Special dedicated kepada orang-orang yang berada disekeliling aku sepanjang 2013, jatuh bangun aku, korang masih disitu beri kata-kata semangat. Kepada warga HM220A, thank you so much for a great memories. Peah, Fiza, Wani, Dila, Nisa, Mad, Suzy, Ikmal, Ejat yang ada time bersuka ria, aku sedih, mase aku ade masalah complicated tu semua. Sangat-sangat membantu. Thank you. Mase ade masalah soal hati, mek jie yang banyak membantu bagi jalan keluar, peah yang banyak mulut bagi nasihat yang membantu, kak dila de gojes macam seorang kakak bebel untuk kebaikan, iejah yang jauh di mesir turut membantu melegakan hati aku ni dan DilaMira, orang yang macam takde masalah bila aku dengan dia. Rindu kau dila. Yang tak disebut jangan berkecil hati, aku sayang korang jugak. Thank you 2013, sebab ajar aku kekuatan, ketabahan, kematangan dan kesabaran. Di usia semuda 22, aku dapat banyak pengajaran. Di masa akan datang, semoga aku lebih kuat dan tabah. In Sya Allah.

dilamira yang cun

mek jie tauke shaklee

peah de gojesss


p/s: next post, azam baru 2014. In Sya Allah.
        
        4.57 p.m.
Khamis, 26Dec.
Mendung, sejuk.