hai. ye, aku lagi. mestilah aku, blog aku kot. hahaha.. kehadiran aku untuk meng-update blog ni, bukan kerana ada sesuatu yang baru, tapi..... masalah yang sama. hati, tak tahu sampai bila. hahaha.
semua dah selesai, dah tiga tahun. TIGA tahun okay. aku tak sure lah ngan perasaan sendiri ni. aku pelik kenapa aku masih tunggu dia, sedangkan aku boleh je nak kat orang lain. aku boleh je go on ngan hidup aku skang. aiyaaaa. stresss! makin aku nak abis belaja, makin kuat gangguan daripada dia. dalam aku nak lupakan dia slow-slow, muncul lah dia. bila muncul, aku tak dapat nak kate taknak layan dia. kenapa? erm erm.... ha, macam tulah. hidup perlu diteruskan, ya, aku tahu. aku dapat teruskan hidup, tapi aku masih hidup dengan kenangan lama. itu yang aku tak suka.
nak buang kenangan ni jauh-jauh, tapi tak dapat. nak kata dia lelaki tak guna, tak jugak. it's normal lah lelaki, mane penah tak playboi.kan? dalam suatu mase, pasti dia ada lebih dari sorang. myb sekali je seumur hidup dia. dia tak pernah plak maki aku ke, lempang aku ke, gaduh sampai tolak-tolak aku ke. TAK PERNAH. dia sangat menghormati aku sebagai seorang perempuan. dan normal, kalau gaduh tengking2. satu yang aku salute dia. dia tak pernah lupa ingatkan aku tentang solat. SOLAT. itu yang aku paling suka sepanjang dengan dia.
dulu masa ngan dia, aku ingat lagi, tyme tu aku form 5, kalau hari cuti, aku akan liat nak bangun subuh. penat rumet kejutkan, aku masih taknak bangun. sekali, bile dia kejutkan, call aku sampai aku angkat, sampai aku bangun. dan setiap kali masuk waktu, dia akan ingatkan aku. ergggh, how i miss him badly T_T
dan sekarang, aku macam hilang sesuatu. bila aku tak dengan dia, aku macam emm.. suke hati aku je. kalau bab solat tu, tak yah cakap lah. asyik berlubang je. aku dah try mencari, orang yang leh bimbing aku. bukan bimbing sangat pon, macam mengingatkan aku cukup lah..
sepanjang 3 tahun, tipulah kalau cakap aku tak pernah nak try bina hubungan baru. dah cuba, tapi apa yang aku cari kat seseorang tu, takde. dan aku takleh nak paksa hati aku. aku rasa, sebab tu, aku masih lagi tunggu dia. aku mengharapkan penantian aku ni, ade hikmah.
dan jika, benda yang aku paling nak ni aku kena let go untuk sesuatu yang lebih berbaloi, aku akan let go. :')