kecelaruan

hai. ye, aku lagi. mestilah aku, blog aku kot. hahaha.. kehadiran aku untuk meng-update blog ni, bukan kerana ada sesuatu yang baru, tapi..... masalah yang sama. hati, tak tahu sampai bila. hahaha.

semua dah selesai, dah tiga tahun. TIGA tahun okay. aku tak sure lah ngan perasaan sendiri ni. aku pelik kenapa aku masih tunggu dia, sedangkan aku boleh je nak kat orang lain. aku boleh je go on ngan hidup aku skang. aiyaaaa. stresss! makin aku nak abis belaja, makin kuat gangguan daripada dia. dalam aku nak lupakan dia slow-slow, muncul lah dia. bila muncul, aku tak dapat nak kate taknak layan dia. kenapa? erm erm.... ha, macam tulah. hidup perlu diteruskan, ya, aku tahu. aku dapat teruskan hidup, tapi aku masih hidup dengan kenangan lama. itu yang aku tak suka. 

nak buang kenangan ni jauh-jauh, tapi tak dapat. nak kata dia lelaki tak guna, tak jugak. it's normal lah lelaki, mane penah tak playboi.kan? dalam suatu mase, pasti dia ada lebih dari sorang. myb sekali je seumur hidup dia. dia tak pernah plak maki aku ke, lempang aku ke, gaduh sampai tolak-tolak aku ke. TAK PERNAH. dia sangat menghormati aku sebagai seorang perempuan. dan normal, kalau gaduh tengking2. satu yang aku salute dia. dia tak pernah lupa ingatkan aku tentang solat. SOLAT. itu yang aku paling suka sepanjang dengan dia. 

dulu masa ngan dia, aku ingat lagi, tyme tu aku form 5, kalau hari cuti, aku akan liat nak bangun subuh. penat rumet kejutkan, aku masih taknak bangun. sekali, bile dia kejutkan, call aku sampai aku angkat, sampai aku bangun. dan setiap kali masuk waktu, dia akan ingatkan aku. ergggh, how i miss him badly T_T

dan sekarang, aku macam hilang sesuatu. bila aku tak dengan dia, aku macam emm.. suke hati aku je. kalau bab solat tu, tak yah cakap lah. asyik berlubang je. aku dah try mencari, orang yang leh bimbing aku. bukan bimbing sangat pon, macam mengingatkan aku cukup lah.. 

sepanjang 3 tahun, tipulah kalau cakap aku tak pernah nak try bina hubungan baru. dah cuba, tapi apa yang aku cari kat seseorang tu, takde. dan aku takleh nak paksa hati aku. aku rasa, sebab tu, aku masih lagi tunggu dia. aku mengharapkan penantian aku ni, ade hikmah. 





dan jika, benda yang aku paling nak ni aku kena let go untuk sesuatu yang lebih berbaloi, aku akan let go. :')

kesilapan boleh diperbaiki :)

aku sedar, aku rase aku dah jauh tersasar drp jalan yang betul. mengejar sangat duniawi ni. dalam kesedaran aku, aku masih takleh ubah bad habit aku. kalau ade kehendak, ade lah jalannya kan? tapi, aku tak sekuat tu. aku perlukan seseorang, tidak kira jantina apa, asalkan dia boleh bimbing aku balik. aku rindu kehidupan aku dulu. yang sentiasa ingat baik buruk, yang masih kuat iman. 

kadang-kadang, aku tak pasti kenapa aku boleh jadi macam ni. pergaulan aku lain daripada yang dulu. sebab tu aku rindu zaman sekolah, dulu kalau aku lupa, ade orang ingatkan. kalau ade ilmu yang perlu dipelajari, ade orang ajak belajar. sekarang, masing-masing buat hal sendiri. mungkin salah aku, sebab aku terlalu bergantung harap pada orang dulu? 

tiba masanya sekarang, aku belajar berdiri atas kaki sendiri. belajar untuk tidak terlalu kesian pada orang. tidak terlalu menjaga hati orang. mungkin aku sekarang PENTINGKAN DIRI daripada segala segi. aku bukan ain yang dulu, mengalah kalau orang buat itu ini kat aku. aku dah penat, kejujuran berkawan dikhianati, menggunakan aku atas dasar kepentingan sesuatu. 


Weekend terbAEK untuk 2013 :)

hai semua. lama jugak kan menyepi disini. maaf, komitment untuk semester akhir ni, amat menjengkelkan. *ehh*. ye, betul. banyak betul esaimen, event, keje tu, keje ni. argghh. stress! dan, hujung minggu lepas, tiba masanya, kami satu kelas, pergi untuk lepaskan stress. seminggu sebelum, budak kelas sebelah dah selamat pi perhentian. tapi, kami budak-budak kelas tak heran sebab kami dah merasai pi pulau. haha. dan kami bet, budak-budak kelas sebelah mesti jeles dengan trip kami. muahahaha *gelakJAHAT*

tiba hari yang dinantikan, 17 mei, Jumaat. pagi tu gigih kami bangun awal. pukul 6 da siap mandi bagai, satu rumah tau. haha. excitednye kami tak tahu nak cakap. lain macam je perasaan tu. tapi, sebenanye aku cuak gak, pagi tu, puncak alam ni gelap semacam, angin kuat pon lain macam. tapi, aku layan tak layan je perassan tu. macam biasa, kami antara orang yang terawal sampai tempat nak tunggu bas tu. pukul 7.15 macam tu kami dah terpacak kat situ. nampak tak excited kami tu macamana. hahaha.. tunggu punya tunggu, semua dah sampai, tapi bas plak lambat. aishh. nasib nasib. sambil menunggu, kami apa lagu, snap gambar lah :)



kat tepi aku tu, lecturer kami, miss K. sempoi giler! :)

dalam pukul 8 macam tu, bas baru sampai. so, kami cepat-cepat naik sebab memang tak sabar. hihi. ouh ya. lupa nak cakap mana destinasi kami. kami nak pi trip kat Gopeng, Perak. tempat tu namanye My Gopeng Resort. dalam 2-3 jam macam tu, kami dah sampai kat pekan Gopeng tu. awal-awal lagi, kami dah diberitahu Farah, kalau nak sampai kat resort tu, kami kena naik lori. sebab dari pekan nak ke resort tu dalam 10km jugak. bas takleh nak masuk sebab jalan kecik dan bahaya. sekali lagi, kami rase excited sebab nak naik lori. haha. kelakar. dengan miss skali plak tu excited. :D









nampak tak betapa excitednye kitorang. hahaha. pengalaman ni maybe sekali je seumur hidup, kan? :)

selepas kami sampai, kami diberi briefing oleh abang Shawn. hiks. tentang aktiviti, keselamatan dan sebagainye. kami jugak diberi satu borang untuk tandatangan sebagai hitamputih kalau-kalau ada kemalangan yang tak dijangka ke apa, kira semuanya atas risiko sendiri kan? lepas briefing, check in bilik. best woo. sejuk! hiks.

macam nilah rupanya dalam bilik. satu bilik 8 orang, for girls la. boys 4 orang sebilik dan bilik dorang lagi kecik kot :)

2 bilik atas, 2 bilik bawah. 
lepas check-in kami terus lunch dan rehat kejap. pukul 230 macam tu, kami teruskan aktiviti kami sendiri. dimana yang handle tu Faizun dengan Farith. aktiviti dorang terbaik. seronok sangat-sangat. yelah, kami dah semester akhir, pasni abis belajar masing-masing bawak haluan sendiri. bila lagi nak huha-huha macam ni. hahaha. malam tu, aktiviti Night Walking ngan pihak resort. seronok! walaupun aku takut gak ngan pacat. haha. jauh gak la, naik bukit ngan licin-licin tu, masuk ladang kelapa sawit bagai, jumpa musang la, fireflies la. ha, dalam 2km jugak la. 10 minit yang terawal, kebanyakan kami dah semput, maklumlah, kami ni bukan fit. hahaha.

habis aktiviti tu semua dalam pukul 1030 gak la. masing-masing tak dapat nak tido sangat sebab excited ngan aktiviti yang paling kami tunggu esok. Water Rafting. seriusly, aku takut sangat, tapi aku nak cuba gak. gedik kan? esoknye, semua liat nak bangun sebab bilik sejuk gila. pastu, kami-kami yang malas nak mandi ni, tak mandi sebab tahu, nati mandi sungai gak. hahaha.

dalam pkul 930 macam tu, kami dah ready. briefing oleh abang mahathir dengan konco-konconye a.k.a guide kami nanti. mase die briefing tu, die ajar macamana nak survive lau boat terbalik lah apelah, aku dah cuak dah. haha. takut+excited. abis briefing, kene bahagikan kumpulan kepada 5 orang satu kumpulan.. aku bersama mad, dila, fiza and Farith. guide kitorang kecik comel, panggil adik. hiks. mula-mula kena angkat boat tu ramai-ramai. beratnye lah. tapi, disebabkan Allah bagi aku tinggi yang tak cukup, jadi aku boleh lepaskan sikit beban tu. hahaha.. orang angkat, aku pegang je sebab tak sampai. muahaha.. aku malas nak cerita panjang, biarlah gambar menceritakan segala kegembiraan+excited kami. :D

nampak kan miss kami excited :P

sebelah kiri tu guide kami, adik. sebelah kanan tu guide yang dengki ngan sume orang.haha.

mandi manda sebelum gerak. yang lelaki tepi aku tu, abg mahathir. :D

kami semua :)

first jeram yang kitorang lalu



walaupun guide kami kecik, die gagah perkasa. chewaahhh

time dah jatuh ni best giler kot

tutup mata je yang aku tahu. haha
jeram ni dorang panggil double decker

aku kat tengah-tengah tu. takut nauzubillah haa.

guide tu bukan main seronok kan

wehuuu. air siram kitorang

time ni aku lupa mane kamera ade. haha




gambar feveret. :D

sebelum boat kami terbalik

ke kiri ke kiri, guide kami cakap

kiri sangat ha, hambekkkkk.

mane aku pegi aku pon tak tahu..
mase kitorang terbalik tu, aku tak tahulah kat mane aku time tu.aku berharap aku jumpa langit je tyme tu. huhu. cuak gak la.. aku sebenanye cepat panik, tapi entah time tu, aku rilex je. aku pon tak tahu. dengan selambanye aku rilex tunggu orang datang selamatkan aku. akhirnye tibalah team selamatkan kitorang.. thank you kepada Farah, yana, bong, wadi and hani ngan abg guide tu skali. haha.. farah tarik dayung aku tu, terus abg guide grab aku buat naik atas boat dorang. terbaik! :)

team penyelamat! sayang korang! :)
selepas terbalik, berhenti rehat :)

yeeehhaaaaa

menggilaaa
akibat kene buli ngan orang2 yang expert berenang, pastu si andy, jurugambar ni plak datang untuk tambah kebulian terhadapkuuuuu
last port andy ambik gambar.. hihi

masing-masing cuak takut bot terbalik lagi


yeah! we survive it. hahaha




seriusly, sampai sekarang aku rasa nak buat lagi. biarpon perasaan ecited tu same dengan first time cuba bende ni. aku nak buat lagii.. hahaha. seronok sangat-sangat. oh ya, sebenanye, sepanjang 10km water rafting ni, ade 15 jeram. tapi, andy ambik gamba kat port-port tertentu je :) aku cadangkan, supaya korang, silalah try White Water Rafting kat My gopeng Resort ni. memang terbaik! 

hari last, kami masing-masing taknak balik sebab kami sayang nak tinggalkan cuaca sejuk ni. hahaha. sebab memang pasti, kat puncak alam, panas die semacam. hahaha.. dan aku rasa, sampai sini je aku cerita pasal trip ni. aku tinggalkan dengan gambar-gambar lagi ye :)




owner My Gopeng Resort baju kuning biru tu :)