Akulah penjaga mu
Akulah pelindung mu
Akulah pendamping mu
Di setiap langkah-langkah mu

Pernah ku menyakiti hati mu,
pernah kau melupakan janji ini
Semua karena, kita ini, ma-nu-sia

Kau bawa, diri ku, ke dalam hidup mu
Kau basuh, diri ku, dengan rasa sayang
Senyum mu juga sedih mu, adalah hidup ku
Kau sentuh, cinta ku,
dengan lembut…
dengan sejuta warna


11 januari, GIGI

p/s: lagu kenangan mengusik jiwa. adakalanya, lirik ni untuk KITA. KITA yang lama, bukan KITA yang sekarang. aku rindu KITA, aku rindu semua tentang KITA. sekarang, aku sakit hati sendiri, sebab aku tak dapat nak kau. life must go on kan? alhamdulillah, aku ok je teruskan hidup. tapi ade something yang buatkan aku frust. tentang KITA. takpe, selagi aku mampu, aku akan tunggu. moga doaku termakbul. amin <3 p="">

kesilapan boleh diperbaiki :)

aku sedar, aku rase aku dah jauh tersasar drp jalan yang betul. mengejar sangat duniawi ni. dalam kesedaran aku, aku masih takleh ubah bad habit aku. kalau ade kehendak, ade lah jalannya kan? tapi, aku tak sekuat tu. aku perlukan seseorang, tidak kira jantina apa, asalkan dia boleh bimbing aku balik. aku rindu kehidupan aku dulu. yang sentiasa ingat baik buruk, yang masih kuat iman. 

kadang-kadang, aku tak pasti kenapa aku boleh jadi macam ni. pergaulan aku lain daripada yang dulu. sebab tu aku rindu zaman sekolah, dulu kalau aku lupa, ade orang ingatkan. kalau ade ilmu yang perlu dipelajari, ade orang ajak belajar. sekarang, masing-masing buat hal sendiri. mungkin salah aku, sebab aku terlalu bergantung harap pada orang dulu? 

tiba masanya sekarang, aku belajar berdiri atas kaki sendiri. belajar untuk tidak terlalu kesian pada orang. tidak terlalu menjaga hati orang. mungkin aku sekarang PENTINGKAN DIRI daripada segala segi. aku bukan ain yang dulu, mengalah kalau orang buat itu ini kat aku. aku dah penat, kejujuran berkawan dikhianati, menggunakan aku atas dasar kepentingan sesuatu. 


tanya sama hati, apa sebab goyang?

hai, hello semuaaaaa. *macam ramai je kan* hiks. tajuk macam nak bercerita pasal hati kan? mihihi.. pasal hati, kite tolak tepi dulu. skang aku nak ucap TAHNIAHHHHH untuk rakan blogger a.k.a geng a.k.a teman rapat a.k.a ex-klasmate.. hahh kau, panjang plakk. hahaha.. tahniah bukan sebab die dah ikut jejak langkah kawan baik aku, LALA.. bukan-bukan. tahniah atas kejayaan belio dalam mendapatkan segulung diploma yang mavelesssss. kan kan. sape? alah, yang bajet comel tu. yang ala-ala artis tuhh. tak kenal? meh nak tunjuk! 

kite curik gamba awak..hihi...
kenal dah kan? ahaha.. alang-alang aku wish tahniah ni, aku nak jugak lah wish kat 2 orang kawan baik aku since sekolah. sorang dah jadi tunangan orang, sorang lagi selamat jadi graduan :)

lala, tahniah dah jadi tunangan orang...

faizah, tahniah dah dapat diploma anda :)
moga nanti, aku jadi graduan, anda semua lah yang datang untuk memeriahkan suasana. amin :)). 

niat aku nak update blog ni bukan sebab nak wish tahniah je, tapi.. aku nak luahkan sesuatu. haha. maklumlah, kat facebook, terlalu ramai stalker, kat twitter plak, baru 2 3 kerat stalker aku. so, jadi tak best lah. kat blog ni, mungkin dorang tak tahu lagi. hahaha.. takpe, yang penting, my blog, my rules, gituuuu.. muahahahaha

sem lepas, aku dah lalui macam-macam hal. dengan masalah ngan housemate lah, bestfriend la. sem lepas, sem paling kritikal bagi aku. sampai result aku pon down gile kot. ish, scary lau ingat sem lepas haaa. aku mengharapkan sem ni, aku takde masalah-masalah ni. dengan housemate, aku ok je. takde masalah langsung. sebab kat umah tu, kadang-kadang kami buat hal masing-masing dan bertolak ansur. tapi, aliah(bukan name sebena) ni aku ada masalah sikit. entah, tak tahu mana muncul masalah tu. aku berkawan memang takde masalah. nak huha sane, huha sini, memang ok jeee. tapi bile start bab study or something yang berkaitan pelajaran, aku ada masalah dengan aliah ni. mungkin perasaan aku? hahaha. aku skang ni, makin menjadi-jadi masalah dengan kurang pendengaran ni. bukan aku buat-buat, tapi ni betul. kebanyakan orang ingat aku buat-buat tak dengar. tapi realitinye, memang aku kureng sket. entah macamana boleh jadi macam ni pon aku tak tahu. kadang-kadang bile lecturer mengajar, aku tak dengar. aku cuba lah tanya baik-baik kat aliah apa yang lecturer tu cakap. tapi hampeh, kadang-kadang pertanyaan aku tak di jawab dan hanya dengar bunyi *krik krik krik*.. sekali due, aku boleh lah tahan, lau dah berkali-kali? apooo ehhh aku nak buettt.. so, untuk tidak mengharap lagi pada sesiapa, aku cuba duduk betul-betul depan lecturer. sebelum ni bukan aku dok belakang pon, baris kedua je pon. tu pon tak dengar. kritikal kan masalah aku?? hahha.. tapi, pape pon aliah, aku tetap sayang ko. aku tetap anggap ko kawan. bukan aku tak suke ko, aku suke je. :) segala rase hati yang tersentap ni, aku dah buang jauh-jauh. jangan risau ye aliah. :D

dan, benda paling last aku nak story mory ehhhh.. hati. mihihi. asal pasal hati je, aku mesti.... hahaha. takde ape. just, aku cuma.. aku cumaa... tunggu DIA. aah, tunggu dia. macamana nak cakap ye? EX memang EX, tapi kadang-kadang, rase hati ni tak boleh nak tipu. die memang EX aku, die memang FIRST LOVE aku. orang cakap, first love ni tak semestinya kita dapat, tak semestinye kite kejar. tapi, buat mase sekarang, aku masih mengharap pade die. tak takut kecewa ke? ohhh maiii. sape tak takut. aku takut, tapi aku beranikan diri. kecewa ke tak, belakang cerita. ramai dah orang tanya, kenapa perlu aku stick ngan dia, tak cari orang lain. satu je aku jawab, hati aku tak terbuka lagi kat orang lain. walaupun aku tak suka bad habit die. contoh? smokking, bad temper, suke buat aku sakit hati, tak penah cukup ade satu. mungkin sekarang, die dah berubah. MUNGKIN. hai, susahnya lah masalah berkaitan ngan hati ni. takde penyelesaian. ceittttt.. 

ok. jiwa kacau. bye.

Weekend terbAEK untuk 2013 :)

hai semua. lama jugak kan menyepi disini. maaf, komitment untuk semester akhir ni, amat menjengkelkan. *ehh*. ye, betul. banyak betul esaimen, event, keje tu, keje ni. argghh. stress! dan, hujung minggu lepas, tiba masanya, kami satu kelas, pergi untuk lepaskan stress. seminggu sebelum, budak kelas sebelah dah selamat pi perhentian. tapi, kami budak-budak kelas tak heran sebab kami dah merasai pi pulau. haha. dan kami bet, budak-budak kelas sebelah mesti jeles dengan trip kami. muahahaha *gelakJAHAT*

tiba hari yang dinantikan, 17 mei, Jumaat. pagi tu gigih kami bangun awal. pukul 6 da siap mandi bagai, satu rumah tau. haha. excitednye kami tak tahu nak cakap. lain macam je perasaan tu. tapi, sebenanye aku cuak gak, pagi tu, puncak alam ni gelap semacam, angin kuat pon lain macam. tapi, aku layan tak layan je perassan tu. macam biasa, kami antara orang yang terawal sampai tempat nak tunggu bas tu. pukul 7.15 macam tu kami dah terpacak kat situ. nampak tak excited kami tu macamana. hahaha.. tunggu punya tunggu, semua dah sampai, tapi bas plak lambat. aishh. nasib nasib. sambil menunggu, kami apa lagu, snap gambar lah :)



kat tepi aku tu, lecturer kami, miss K. sempoi giler! :)

dalam pukul 8 macam tu, bas baru sampai. so, kami cepat-cepat naik sebab memang tak sabar. hihi. ouh ya. lupa nak cakap mana destinasi kami. kami nak pi trip kat Gopeng, Perak. tempat tu namanye My Gopeng Resort. dalam 2-3 jam macam tu, kami dah sampai kat pekan Gopeng tu. awal-awal lagi, kami dah diberitahu Farah, kalau nak sampai kat resort tu, kami kena naik lori. sebab dari pekan nak ke resort tu dalam 10km jugak. bas takleh nak masuk sebab jalan kecik dan bahaya. sekali lagi, kami rase excited sebab nak naik lori. haha. kelakar. dengan miss skali plak tu excited. :D









nampak tak betapa excitednye kitorang. hahaha. pengalaman ni maybe sekali je seumur hidup, kan? :)

selepas kami sampai, kami diberi briefing oleh abang Shawn. hiks. tentang aktiviti, keselamatan dan sebagainye. kami jugak diberi satu borang untuk tandatangan sebagai hitamputih kalau-kalau ada kemalangan yang tak dijangka ke apa, kira semuanya atas risiko sendiri kan? lepas briefing, check in bilik. best woo. sejuk! hiks.

macam nilah rupanya dalam bilik. satu bilik 8 orang, for girls la. boys 4 orang sebilik dan bilik dorang lagi kecik kot :)

2 bilik atas, 2 bilik bawah. 
lepas check-in kami terus lunch dan rehat kejap. pukul 230 macam tu, kami teruskan aktiviti kami sendiri. dimana yang handle tu Faizun dengan Farith. aktiviti dorang terbaik. seronok sangat-sangat. yelah, kami dah semester akhir, pasni abis belajar masing-masing bawak haluan sendiri. bila lagi nak huha-huha macam ni. hahaha. malam tu, aktiviti Night Walking ngan pihak resort. seronok! walaupun aku takut gak ngan pacat. haha. jauh gak la, naik bukit ngan licin-licin tu, masuk ladang kelapa sawit bagai, jumpa musang la, fireflies la. ha, dalam 2km jugak la. 10 minit yang terawal, kebanyakan kami dah semput, maklumlah, kami ni bukan fit. hahaha.

habis aktiviti tu semua dalam pukul 1030 gak la. masing-masing tak dapat nak tido sangat sebab excited ngan aktiviti yang paling kami tunggu esok. Water Rafting. seriusly, aku takut sangat, tapi aku nak cuba gak. gedik kan? esoknye, semua liat nak bangun sebab bilik sejuk gila. pastu, kami-kami yang malas nak mandi ni, tak mandi sebab tahu, nati mandi sungai gak. hahaha.

dalam pkul 930 macam tu, kami dah ready. briefing oleh abang mahathir dengan konco-konconye a.k.a guide kami nanti. mase die briefing tu, die ajar macamana nak survive lau boat terbalik lah apelah, aku dah cuak dah. haha. takut+excited. abis briefing, kene bahagikan kumpulan kepada 5 orang satu kumpulan.. aku bersama mad, dila, fiza and Farith. guide kitorang kecik comel, panggil adik. hiks. mula-mula kena angkat boat tu ramai-ramai. beratnye lah. tapi, disebabkan Allah bagi aku tinggi yang tak cukup, jadi aku boleh lepaskan sikit beban tu. hahaha.. orang angkat, aku pegang je sebab tak sampai. muahaha.. aku malas nak cerita panjang, biarlah gambar menceritakan segala kegembiraan+excited kami. :D

nampak kan miss kami excited :P

sebelah kiri tu guide kami, adik. sebelah kanan tu guide yang dengki ngan sume orang.haha.

mandi manda sebelum gerak. yang lelaki tepi aku tu, abg mahathir. :D

kami semua :)

first jeram yang kitorang lalu



walaupun guide kami kecik, die gagah perkasa. chewaahhh

time dah jatuh ni best giler kot

tutup mata je yang aku tahu. haha
jeram ni dorang panggil double decker

aku kat tengah-tengah tu. takut nauzubillah haa.

guide tu bukan main seronok kan

wehuuu. air siram kitorang

time ni aku lupa mane kamera ade. haha




gambar feveret. :D

sebelum boat kami terbalik

ke kiri ke kiri, guide kami cakap

kiri sangat ha, hambekkkkk.

mane aku pegi aku pon tak tahu..
mase kitorang terbalik tu, aku tak tahulah kat mane aku time tu.aku berharap aku jumpa langit je tyme tu. huhu. cuak gak la.. aku sebenanye cepat panik, tapi entah time tu, aku rilex je. aku pon tak tahu. dengan selambanye aku rilex tunggu orang datang selamatkan aku. akhirnye tibalah team selamatkan kitorang.. thank you kepada Farah, yana, bong, wadi and hani ngan abg guide tu skali. haha.. farah tarik dayung aku tu, terus abg guide grab aku buat naik atas boat dorang. terbaik! :)

team penyelamat! sayang korang! :)
selepas terbalik, berhenti rehat :)

yeeehhaaaaa

menggilaaa
akibat kene buli ngan orang2 yang expert berenang, pastu si andy, jurugambar ni plak datang untuk tambah kebulian terhadapkuuuuu
last port andy ambik gambar.. hihi

masing-masing cuak takut bot terbalik lagi


yeah! we survive it. hahaha




seriusly, sampai sekarang aku rasa nak buat lagi. biarpon perasaan ecited tu same dengan first time cuba bende ni. aku nak buat lagii.. hahaha. seronok sangat-sangat. oh ya, sebenanye, sepanjang 10km water rafting ni, ade 15 jeram. tapi, andy ambik gamba kat port-port tertentu je :) aku cadangkan, supaya korang, silalah try White Water Rafting kat My gopeng Resort ni. memang terbaik! 

hari last, kami masing-masing taknak balik sebab kami sayang nak tinggalkan cuaca sejuk ni. hahaha. sebab memang pasti, kat puncak alam, panas die semacam. hahaha.. dan aku rasa, sampai sini je aku cerita pasal trip ni. aku tinggalkan dengan gambar-gambar lagi ye :)




owner My Gopeng Resort baju kuning biru tu :)