putus cinta. bagaimana mahu bangkit?

hai hai :D esok aku raya. haha. kenapa? sebab hari ni aku dah berjaya habiskan puasa ganti aku. hihi :) out of topic nih. kihkih.

berdasarkan tajuk post, mesti semua pernah alami kan? putus cinta, itu perkara biasa. kan? haha. hari ni aku nak berkongsi, pengalaman aku. bukan saje-saje nak show off aku ni kuat ke ape, dan aku bukan DR LOVE ye. muahaha. sekadar berkongsi dikala aku kebosanan. hah kau, datang dah. mihihi. 

last aku putus cinta, 3 tahun yang lalu. time aku masih belajar kat matrik. umo 18 mungkin? muda kan. dan sampai sekarang aku masih single and avalaible gitewww. :p ramai dah orang tanya aku, kenapa tak ade boifren, mane satu pakwe kau. ish, soklan biasa lah. dan aku dengan biasa, senyum je. biar jadi persoalan. hihi.

untuk jadi single dalam masa yang lama pada usia aku ni, banyak cabaran weh. kadang-kadang aku menangis sorang-sorang sebab stress sangat. stress dengan orang sekeliling yang asyik show off boifren kesayangan cakap itu ini lah, boifren aku kan bawa aku pegi sini, sane. kau ade? ha, mcm tu lah maksudnye bila bercerita dengan aku. aku depan dia, cool giler, senyum je. belakang ha kau, menangis tak ingat dunia. time tulah aku dok salahkan takdir, kenapa aku jumpa laki ni, laki tu, tapi tetap aku yang sakit hati. kenapa aku tak macam orang lain ada steady boifren bagai. NAUZUBILLAH. istighfar banyak-banyak ye kalau jadi macam ni. 

itu dulu, itu masa aku dalam proses untuk jadi tabah macam sekarang. salah satu cara untuk miliki hati yang kuat, dekatkan diri dengan ALLAH. bila kita banyakkan ibadat, hati makin rase tenang. trust me, bila buat semua tu, hati akan kosong, tak ingat dah yang sakit-sakit tu. tyme tu, baru aku tahu, perjalanan yang ALLAH plan untuk aku, pasti lagi baik daripada apa yang aku plan sekarang. yakin dengan JANJI ALLAH, sebab JANJI ALLAH itu pasti. :') 

aku ni bukan lah dikalangan perempuan yang baik sangat, jahat sangat pun tak. biasa-biasa. kadang-kadang aku ni lalai jugak. alhamdulillah, ALLAH cepat kasi aku sedar. kalau lalai je, pasti ALLAH bagi peringatan. 

sekarang, aku lebih selesa begini, tak terikat ngan sapa-sapa, aku senang jadi single. dalam masa 3 tahun ni, tipulah lau aku cakap aku tak pernah cuba untuk bercinta balik, tapi hati aku tak dapat nak paksa. mungkin hati aku belum sembuh sepenuhnya. mana tahu kan? jadi single ni bukan sebab aku serik, tapi lebih berhati-hati. kawan aku dulu pernah cakap, "ain, kau ni memilih sangat. orang tu dah nak kat kau, kau pulak macam-macam,". entah, betul kot apa dia cakap, aku bukan memilih sebab kepentingan apa-apa, cuma aku memilih untuk tak sakitkan ati sendiri lagi. 

orang nak cakap apa, cakap jelah. telinga dah lali dah dengar. asal hidup aku happy, aku ok, cukup dah. tak perlu nak mende len. erm, cukup lah dulu aku rasa, kang ade yang meluat ngan aku. hikhik.




nah, kata-kata semangat sikit untuk diri sendiri dan semua. aku hanya berkongsi, tak salah bukan? ada juga benda berfaedah malam-malam macam ni nak bace. ye dok? hihi. ok semua. papaiiii :D

berkongsi :D

salam pagi semua. maaflah, dah tengah malam baru merangkak nak update blog bagai.*tapi, sape je yang baca?* sambil-sambil menjaga gemok yang tak berapa nak sihat dan disamping nyamuk-nyamuk yang sibuk sedut darah manis aku, ingin aku berkongsi beberapa info. info ke? atau mungkin sesuatu? hihi. mai lah. malas nak merapu.

pagi ni, aku nak berkongsi, macamana mahu menjadi gojes seperti aku. amboi! gojes sangatkah aku? hahaha. takpe, blog ni hanya dibaca oleh rakan terdekat.hihi.belom mula berkongsi dah garu-garu. ni semua sebab nyamuk suka darah manis aku.ceit!

aku akan kongsikan barang apa yang aku pakai untuk tampil lebih anggun daripada dulu. hah ayat, kau mampu? hihi.

1. foundation

untuk foundation, aku ada 3 jenis.banyak bukan? hahaha. ini untuk masa-masa tertentu. firstly, revlon photoready  BB cream. foundation ni aku pakai bila masa kelam kabut. contohnya, bangun lambat nak pi kelas. bb cream ni mudah dan senang je. picit dan terus sapu kat muka, letak bedak sikit dan siap! bb cream ni jugak senang untuk kita bawa ia pegi mana-mana. bb cream ni mudah tanggal dengan hanya menggunakan wet tissue je. pastu leh je solat dan pakai balik pon mudah. simple and easy right? :)


foundation yang kedua, foundation elianto. untuk foundation ni pon mudah dan senang nak dibawa kemana-mana. tapi, bagi aku leceh sikit lah. sebab apa? untuk foundation ni, kene pakai loose powder untuk nampak rata. tapi, untuk student macam aku ni, jimat bajet, aku terus guna compact powder.jadi, kadang-kadang dia jadi tak rata. so, untuk meratakannya, aku kena guna brush blusher plak. leceh bukan?itu lah jarang aku pakai dan untuk masa-masa tertentu je. hihi. :)


dan untuk foundation last, feveret foundation, revlon colorstay foundation. untuk foundation ni, aku paling suka sebab pakai foundation ni, kulit muka aku cantik dan nampak gojes. muahaha. aku pilih foundation ni sbb dia sesuai untuk kulit muka berminyak macam aku. :). special untuk orang special macam aku. hihi. nati, aku akan tunjukkan sebelum dan selepas pakai foundation ni. utk foundation ni, ia banyak choices. jangan silap pilih, nati anda merana :). aku pakai code TOAST, sesuai ngan kulit gelap aku. :D


2. compact powder

untuk compact powder, kadang-kadang tengok jugak lah sesuai tak dengan kulit muka. bagi aku, compact powder ni penting sebab nak kena touch up sane sini mudah. hahaha. aku prefer guna in2it oil control face powder. kecik dan comel serta mudah dibawa :) bila bedak ni aku gabungkan dengan foundation tadi. nampak lebih elegan, gituuuu. hahaha. seronok pakai bedak ni, sebab dia betul-betul control kulit berminyak aku ni.untuk kulit yang normal dan dry, jgn risau, untuk kulit anda pon ada, yang biasa punya, :)


3. eyeliner

untuk make up simple dan mudah bagi aku, eye liner paling syok aku guna sampai sekarang, kononnya makin setia, hihi, aku guna eyeliner from elianto. hitam dan mudah tanggal bagi aku. pon senang nak bawak sebab kecik je dan ringan. kebanyakkan kawan-kawan aku selalu tanya, 'ain, pakai eyeliner apa ea?'. bila aku tanya kenapa tanya. mostly akan jawab, sebab nampak cantik, hitam pastu waterproof. xde nak jatuh lau berpeluh ke apa. aku kenal ngan eyeliner ni pon sebab kawan aku, FADDY.mula-mula dia perkenalkan eyeliner elianto yang macam marker pen tuh. best jugak yang tu, tapi cepat je habis. geram! sebab tu aku rasa nak try yang pencil tapi pusing-pusing ni. haha. ayat entah pape ain oi! bila sekali pakai, aku terus jatuh cinta. dan tadi, aku pergi mengusha kat watson, Sendayu Tinggi punya eyeliner nampak macam memikat je. ingatkan lau ada duit lebih nanti, aku nak beli la. santekkk dan hitam pekat :)

ini yang faddy kenalkan.

aku setia dengan eyeliner ni



4. lipstick

untuk lipstick, aku tak setia dengan mana-mana brand lagi. sekarang aku tengah mencuba semua lipstick, supaya nanti aku tahu mana bagus dan mana tak bagus. sekarang aku tengah pakai dua lipstick, first is matte berry elianto. ada 5 pilihan warna. lipstick ni, ia tak berminyak. mudah nak pakai dan kering. kira bila pakai rasa ringan. tapi satu kelemahannya, mudah tanggal. haha. aku belom makan lagi, tapi dah tanggal dah lipstick haa. sedey sedey!!




dan satu lagi lipstick, pure shine lipstick Sendayu Tinggi. ini lipstick paling feveret. sebab? bibir akan rasa lembap sentiasa dan tahan lama. lipstick ni ada 12 warna, dan aku sekarang sedang mencuba warna 02. sesuai dengan warna kulit aku, so itulah penyebab aku nampak gojes. hihi. aku sangat-sangat syorkan supaya try lah barangan buatan bumiputera ni. sangat-sangat bagus. :)




ok, nilah 4 senjata yang aku guna untuk nampak comel ketika ini. hahaha. *facepalm* bila aku rasa aku dah nak masuk alam pekerjaan, aku mula rasa ' i need something to improve my confident'. dengan tunjuk ajar sifu aku iaitu kak ngah aku sendiri, maka aku mula belajar itu ini untuk tampak lebih yakin depan orang yang lebih cantik daripada aku. hahaha. dan, nak tahu apa hasilnya? hihi

sebelum apply apa-apa foundation

pakai cream fair & lovely je

dari dekat lepas apply foundation revlon

dari jauh :)

apply foundation and lipstick :)

  dan alhamdulillah, ini hasilnya. untuk gadis diluar sana, kita semua cantik, jadi jangan risau. kita cuma perlu cari jalan. cari jalan supaya kita lebih yakin untuk berdepan dengan semua orang. :)

ouh ouh lupa! sepanjang apply foundation ni semua, aku juga sedang mencuba produk shaklee. produk ni bagus sangat-sangat. kulit muka aku makin ok lepas try shaklee. dan shaklee juga salah satu sebab aku lebih yakin. thank u jie :)

dan, marilah kita tido. aku ngantok dah.moga apa yang aku share ni sedikit sebanyak boleh membantu anda semua. amin :)

sharing is caring :)






mari merapu bersama ain to the beee :)

sejak ada masa terluang ni, rajin saja aku nak update blog nih. mentang-mentang tengah cuti. sila jeles wahai orang-orang yang bukan warga UiTM. weheeeee :)

bukan aku nak cerita pasal holiday yee.. aku pon tak sure sebenarnya apa yang aku nak cerita. hikss. ayuh lah melayan perasaan aku. nak? *bajet semua suka dengar luahan aku*

after 3 years, aku masih setia menunggu dia. cinta pertama aku. JANJI tak semestinya ditunaikan, tapi aku berharap JANJI itu PASTI. amboi! :P.

the reason why i'm being single until now. :')

sebenanye, last week, my kazen, yang pernah kena kenen-kenenkan tu, contact me. tetiba contact, cakap pasal kawin dengan aku. what de heckkk? motif sangat. dan cuba mengusha aku ni dah ada boifren belom. aiyooo, anda sudah ada tunang, tak perlu hiraukan hidup aku boleh? rimas! ma pun dah sibuk bertanya, nak abis belaja, mana calon tak bawa jumpa ma lagi. aduhh, lagi parah camni ha. ok. stop cerita pasal ni. hahaha


so, konklusinya, hari ni aku update pasal merapu. harap maaf lah kan. hihi. aku migrain sebenanye hari ni. aduh, sakit berdenyut-denyut ha. dan aku juga risau pasal kucing aku, gemok. sejak dua tiga hari ni, dia taknak makan. aku risau, aku pulak makan banyak kan. mamposs. ok bai.




presentation with classmates :)

ohh yeah. kelas paling kami takuti, kami geruni. kelas hotel system, Datin Maimunah. aduyai. masuk kelas hotel system je stress.lepas kelas terus gi makan besar ngan klasmate, open table pastu gosip sane sini. hahaha. terbaik! 

last week, kami ade esaimen berbentuk meeting top managers dalam hotel. and, kebetulan, aku masih dengan group aku yang dulu. group satu-satunya lepas mase presentation organization chart 2 minggu lepas. target kami kali ni, takdelah tinggi sangat, sbb masing-masing group different meeting style. takut jugak lah kan. sekali, group kami no 4. cuak jugak sebab group sebelum kami semua kena komen kaw-kaw punya. tiba turn kami, cuak sangat2. alhamdulillah, everything went smoothly. :) 

lepas kami abis meeting tu, datin tiba-tiba cakap,"group U antara boleh markah penuh.". terkejut gak kami. sbb kami rase group kami paling pendek meeting tu. pendek tapi padat. bak kate groupmate aku, Nisa, 'less is more'. and we prove it! datin puas hati dengan meeting kitorang. alhamdulillah. syukur sangat-sangat. pengajaran untuk kelas datin ni, ikut je apa yang dia cakap, jangan bangkang, jangan mengeluh. pasi dia suka nanti.walau tak suka at dia, tapi akhir nanti dia yang bagi kita markah. so, ikutkan saje.selain dapat berkat mak dan ayah, berkat lecturer pon penting. so, bare with it :)

dan aku selitkan beberapa gambar BAKAL MANAGER HOTEL ye. ni sebelum meeting start, kami kecuakan sebab tu ambil gambar untuk hilang stress. :)
~eiju, nisa, ain bee~

kami kecomelan. terima kasih :)

full of emotions :)


serius vs comel :P


sekian sahaja. babai!

i'll wait for u. :')


selama 3 tahun ni, kadang-kadang aku macam tak tahu apa sebab aku tunggu dia. soalan tu terungkai bila aku tanya soalan dekat dia semalam.

AKU: sepanjang kita clash, awak masih ada perasaan kat saya ke?
HE: biar saya je yang tahu. :)
AKU: saya perlukan kepastian. tolong jujur dengan saya.
HE: saya mengharapkan awak tunggu saya. sampai saya cakap, 'jangan tunggu saya lagi'. sebab saya masih tunggu awak. sampai awak cakap,'jangan tunggu saya lg'. paham? jujur. :)
AKU:selama 3 tahun saya tunggu awak tanpa sebab, dan sekarang saya tahu kenapa perlu saya tunggu awak lagi. thank u awak. thank u sangat2 :')
HE:saya yakin dengan awak, dan awak kena yakin dengan saya. jika kita ada jodoh, suatu hari nanti, tak kemane kan? janji kita tahu masing-masing punya perasaan sekarang. :')
AKU:i'll wait for u. promise :)

kenapa kami tak in relationship balik? sebab aku rase benda tu x perlu. kalau betul dia jodoh aku, kapel ke tak, dia tetap akan jadi milik ak suatu hari nanti kan? kalau kami takde jodoh, kami redho. JANJI dimenterai, moga doa kami dimakbulkan. amin :')

jangan terlalu mengharap, biarkan masa yang tentukan. cukup kami masing2 tahu ape perasaan sebenar kami. hari-hari kami mendoakan benda yang sama, benda yang kami nak. moga ALLAH makbulkan doa kami. :)




"Ya Allah, jika kami ada jodoh, dekatkan lah hati kami berdua. Dan jika kami tiada jodoh, kuatkan lah hati kami untuk hadapi ketentuan dari-Mu Ya Allah. Perkenankanlah doa kami Ya Allah. amin. "