berkongsi :D

salam pagi semua. maaflah, dah tengah malam baru merangkak nak update blog bagai.*tapi, sape je yang baca?* sambil-sambil menjaga gemok yang tak berapa nak sihat dan disamping nyamuk-nyamuk yang sibuk sedut darah manis aku, ingin aku berkongsi beberapa info. info ke? atau mungkin sesuatu? hihi. mai lah. malas nak merapu.

pagi ni, aku nak berkongsi, macamana mahu menjadi gojes seperti aku. amboi! gojes sangatkah aku? hahaha. takpe, blog ni hanya dibaca oleh rakan terdekat.hihi.belom mula berkongsi dah garu-garu. ni semua sebab nyamuk suka darah manis aku.ceit!

aku akan kongsikan barang apa yang aku pakai untuk tampil lebih anggun daripada dulu. hah ayat, kau mampu? hihi.

1. foundation

untuk foundation, aku ada 3 jenis.banyak bukan? hahaha. ini untuk masa-masa tertentu. firstly, revlon photoready  BB cream. foundation ni aku pakai bila masa kelam kabut. contohnya, bangun lambat nak pi kelas. bb cream ni mudah dan senang je. picit dan terus sapu kat muka, letak bedak sikit dan siap! bb cream ni jugak senang untuk kita bawa ia pegi mana-mana. bb cream ni mudah tanggal dengan hanya menggunakan wet tissue je. pastu leh je solat dan pakai balik pon mudah. simple and easy right? :)


foundation yang kedua, foundation elianto. untuk foundation ni pon mudah dan senang nak dibawa kemana-mana. tapi, bagi aku leceh sikit lah. sebab apa? untuk foundation ni, kene pakai loose powder untuk nampak rata. tapi, untuk student macam aku ni, jimat bajet, aku terus guna compact powder.jadi, kadang-kadang dia jadi tak rata. so, untuk meratakannya, aku kena guna brush blusher plak. leceh bukan?itu lah jarang aku pakai dan untuk masa-masa tertentu je. hihi. :)


dan untuk foundation last, feveret foundation, revlon colorstay foundation. untuk foundation ni, aku paling suka sebab pakai foundation ni, kulit muka aku cantik dan nampak gojes. muahaha. aku pilih foundation ni sbb dia sesuai untuk kulit muka berminyak macam aku. :). special untuk orang special macam aku. hihi. nati, aku akan tunjukkan sebelum dan selepas pakai foundation ni. utk foundation ni, ia banyak choices. jangan silap pilih, nati anda merana :). aku pakai code TOAST, sesuai ngan kulit gelap aku. :D


2. compact powder

untuk compact powder, kadang-kadang tengok jugak lah sesuai tak dengan kulit muka. bagi aku, compact powder ni penting sebab nak kena touch up sane sini mudah. hahaha. aku prefer guna in2it oil control face powder. kecik dan comel serta mudah dibawa :) bila bedak ni aku gabungkan dengan foundation tadi. nampak lebih elegan, gituuuu. hahaha. seronok pakai bedak ni, sebab dia betul-betul control kulit berminyak aku ni.untuk kulit yang normal dan dry, jgn risau, untuk kulit anda pon ada, yang biasa punya, :)


3. eyeliner

untuk make up simple dan mudah bagi aku, eye liner paling syok aku guna sampai sekarang, kononnya makin setia, hihi, aku guna eyeliner from elianto. hitam dan mudah tanggal bagi aku. pon senang nak bawak sebab kecik je dan ringan. kebanyakkan kawan-kawan aku selalu tanya, 'ain, pakai eyeliner apa ea?'. bila aku tanya kenapa tanya. mostly akan jawab, sebab nampak cantik, hitam pastu waterproof. xde nak jatuh lau berpeluh ke apa. aku kenal ngan eyeliner ni pon sebab kawan aku, FADDY.mula-mula dia perkenalkan eyeliner elianto yang macam marker pen tuh. best jugak yang tu, tapi cepat je habis. geram! sebab tu aku rasa nak try yang pencil tapi pusing-pusing ni. haha. ayat entah pape ain oi! bila sekali pakai, aku terus jatuh cinta. dan tadi, aku pergi mengusha kat watson, Sendayu Tinggi punya eyeliner nampak macam memikat je. ingatkan lau ada duit lebih nanti, aku nak beli la. santekkk dan hitam pekat :)

ini yang faddy kenalkan.

aku setia dengan eyeliner ni



4. lipstick

untuk lipstick, aku tak setia dengan mana-mana brand lagi. sekarang aku tengah mencuba semua lipstick, supaya nanti aku tahu mana bagus dan mana tak bagus. sekarang aku tengah pakai dua lipstick, first is matte berry elianto. ada 5 pilihan warna. lipstick ni, ia tak berminyak. mudah nak pakai dan kering. kira bila pakai rasa ringan. tapi satu kelemahannya, mudah tanggal. haha. aku belom makan lagi, tapi dah tanggal dah lipstick haa. sedey sedey!!




dan satu lagi lipstick, pure shine lipstick Sendayu Tinggi. ini lipstick paling feveret. sebab? bibir akan rasa lembap sentiasa dan tahan lama. lipstick ni ada 12 warna, dan aku sekarang sedang mencuba warna 02. sesuai dengan warna kulit aku, so itulah penyebab aku nampak gojes. hihi. aku sangat-sangat syorkan supaya try lah barangan buatan bumiputera ni. sangat-sangat bagus. :)




ok, nilah 4 senjata yang aku guna untuk nampak comel ketika ini. hahaha. *facepalm* bila aku rasa aku dah nak masuk alam pekerjaan, aku mula rasa ' i need something to improve my confident'. dengan tunjuk ajar sifu aku iaitu kak ngah aku sendiri, maka aku mula belajar itu ini untuk tampak lebih yakin depan orang yang lebih cantik daripada aku. hahaha. dan, nak tahu apa hasilnya? hihi

sebelum apply apa-apa foundation

pakai cream fair & lovely je

dari dekat lepas apply foundation revlon

dari jauh :)

apply foundation and lipstick :)

  dan alhamdulillah, ini hasilnya. untuk gadis diluar sana, kita semua cantik, jadi jangan risau. kita cuma perlu cari jalan. cari jalan supaya kita lebih yakin untuk berdepan dengan semua orang. :)

ouh ouh lupa! sepanjang apply foundation ni semua, aku juga sedang mencuba produk shaklee. produk ni bagus sangat-sangat. kulit muka aku makin ok lepas try shaklee. dan shaklee juga salah satu sebab aku lebih yakin. thank u jie :)

dan, marilah kita tido. aku ngantok dah.moga apa yang aku share ni sedikit sebanyak boleh membantu anda semua. amin :)

sharing is caring :)






No comments: