untuk keberapa kali entah

ye, sekali lagi. sekali lagi aku terasa macam.. macam... aku ni bukan sesiapa. aku tahu siapa aku, aku tahu dimana kedudukan aku. aku bukan sesenang mereka, aku bukan sebaik mereka. aku tak minta untuk semua ingat aku, hargai aku, cuma aku perlu orang terdekat faham aku. tapi sayang nya, bertahun-tahun kawan, masih tak tahu nak jaga hati aku. mungkin sebab dulu perangai aku tidak sesensitive ini? mungkin mereka anggap aku tak akan terasa macam ni?

biarlah. aku biarkan semua berlalu. terima kasih kerana masih mengajak aku. tapi terkilan sikit lah. kau lebih pentingkan dia drpada aku. bukan cemburu, tapi kita sama-sama kawan baik, perlu ke beza-beza kan. mungkin persahabatan kita tak selama persahabatan kau dan dia? mungkin. dan sekarang aku tahu dimana kedudukan aku. terima kasih untuk segalanya. 




No comments: