April Favourites :)

hai semua. oleh kerana ada orang nak sangat aku tulis pasal review untuk april favourites ni, jadi aku gagahkan diri untuk update. tapi aku rase, benda sama je kot. hihi. maksud aku, aku pernah cerita lah sebelum ni. rite?

ayuh! tengok ape kegemaran aku. hihi. ikhlas untuk si cantik comel ni, EG :)


1. AVON BODY ILLUSION
untuk pengetahuan, aku adalah peminat tegar bagi produk avon. hehe. sebab aku beli produk ni ialah aku rasa aku perlukannya. boleh? hahaha. bila aku pakai body illusion ni, aku tampak dengan lebih yakin. lepas, sedikit sebanyak ia dapat menyembunyikan lemak-lemak berlebihan. maklumlah, saya ni OVERWEIGHT. :) 
oleh kerana itu, aku cari jalan supaya bila aku nak kemana-mana, aku yakin dengan apa yang aku pakai. alhamdulillah, dengan body illusion ni, aku rasa yakin dan lebih bergaya. gitu, walaupun org tak nampak aku pakai. hahaha :)




2. MAYBELLINE AND NIVEA MAKE UP REMOVER
disebabkan aku pakai make up yang susah tanggal, maksud aku, kalau pakai wet tissues je memang ta hilang, jadi aku terpaksa cari make up remover yang senang nak pakai. mula-mula aku jumpa nivea make up remover, puas hati gak pakai benda ni sebab senang je. ambil cotton face, then sape je kat muka. bila nivea ni nak abis, aku rasa aku nak try lah yang lain. sekali, hari tu aku pergi watsons, maybelline tgh ad off untuk make remover tu. jadi aku beli lah nak try kepuasannya. sekali aku try, aku suka. yang maybelline ni lagi aku suka sebab senang gila nak tanggalkan make up. sekali sapu je, tak payah nak buat ulang kali, terutama dekat mata. aku pakai eyeliner drp elianto yang memang susah nak tanggal,so bila aku guna maybelline make up remover ni, senang, tak payah nak 'genyeh' banyak-banyak kali. tak caya, try lah :)





3. REVLON PHOTOREADY COMPACT POWDER
ini, bukan hak milik aku. hak milik akak aku. hahaha. pegi curi-curi pakai, pastu nampak cun plak bile try. sayangnya kat sini, harga dia, mak oiiii... tak mampu aku sebagai student haaa. sedeyyy. jadi, aku pakai bedak ni time aku ada masa je. hehehe. bagi aku, produk revlon ni, all times feveret. tak gitu jie? :)


4. IN2IT MASCARA
in2it jugak salah satu feveret produk aku. hihi. mascara die yang selalu loyal, sebab memang aku tak tukar dari dulu sampai sekarang. kalau pakai mascara dia ni, memang nampak gila bulu mata hang lentik. haha. kalau aku pakai mascara ni pegi kelas, mesti kawan-kawan tegur, cakap, 'eh ain, cantik bulu mata'. kan? femes sekejap. haha. try la, mesti puas hati :)



aku rasa, ini je kot april feveret aku. next time aku prepare lagi ye jie :) dengan ini, aku mengeshorkan, cubalah produk-produk yang aku gunakan ni, sebab aku pasti, korang mesti puas hati. tak gitu? post kali ni khas untuk jie dan peminat-peminat blog jie. *eh, ade ke??* hahaha.

salam semua. bye bye.


p/s: sekarang kat blog aku ade stalker baru. kan? hahaha. selamat meng-stalk aku. :D
dan untuk WAJIHAH RASHID, tahniah untuk graduasi akan datang ni. akhirnya, segulung diploma dalam genggaman. lepas ni, fight for degree plak ye sayang. and sayang nya, I tak dapat nak pi shah alam time U grad, bz yang amat di puncak alam. sorry my dear :')





2 comments:

wr said...

hehe, takpe takpe :)
revlon is the best.. walaupun aku jual MaryKay..hahaha..

lepas ni aku nak try la mascara in2it tu.. entry monthly favorite ni wajib buat tiap2 bulan.. hahaha

cik Ain Bee said...

mati lerr tiap2 bulan. hahaha.. mane nak cekau idea. kuikui.

anyway tenkiu for tagging :D